Social Icons

Showing posts with label Maut. Show all posts
Showing posts with label Maut. Show all posts

Hampir Maut Disebabkan Ikan Puyu



Kota Bharu: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris maut apabila hampir setengah jam tercekik seekor ikan puyu selebar tiga sentimeter yang dipancingnya dalam kejadian di Kampung Padang Mokkan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, Suhaniza Mat Nawi, 10, dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dengan motosikal oleh salah seorang ahli keluarganya dalam keadaan berlumuran darah selepas terkena duri ikan itu.

Ikan berkenaan berjaya dikeluarkan di HUSM daripada mulut anak kedua daripada empat beradik itu 15 minit kemudian dan dia kini dilaporkan masih berada dalam keadaan separuh sedar di Pusat Rawatan Rapi (ICU).

Menceritakan detik cemas itu, Noraniza Mohd Noor, 34, berkata, dia difahamkan ketika kejadian, anaknya memancing ikan bersama beberapa rakannya di sebuah parit air berhampiran rumahnya.

“Sebaik saja ikan berkenaan terkena mata kail, dia cuba menariknya namun gagal lalu bertindak menggigit ikan berkenaan. Bagaimanapun, ikan itu terus masuk ke dalam mulutnya dan tersekat di kerongkong [hmetro].

13 Maut Akibat Penyakit Demam Pelik

 
 
Kinshasa: Sejenis demam yang belum dikenal pasti dilapor membunuh 13 orang di barat laut Congo sejak 11 Ogos lalu, kata kerajaan.

Menteri Kesihatan Congo, Dr Felix Kabange Numbi berkata, semua mangsa mengalami demam kronik, cirit-birit, muntah dan pada peringkat akhir mengeluarkan cairan hitam.

Katanya, setakat ini 80 orang dijangkiti demam berkenaan dan dipantau di rumah masing-masing.

Bagaimanapun, pegawai Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata, terlalu awal untuk mengaitkan demam berkenaan sebagai punca kematian ketika wabak Ebola masih membelenggu barat serta utara Afrika.

Jurucakap WHO berkata, ramai orang mengalami simptom sebegitu, tetapi kawasan berkenaan juga berdepan penularan penyakit malaria atau taun.

“Kami menunggu pengesahan biologi bagi mengesahkan penyakit berkenaan,” katanya.

Sampel diambil untuk diselidik di Institut Penyelidikan Bioperubatan Kebangsaan serta sebuah makmal pakar di Gabon. - AFP
Sponsor Ads close

Sponsor Ads

"Klik Disini"